Hi, how can we help?

[BM] Cara Tetapan Shopee Live Ads

BM | EN

Help Center_How to get Started_Entry point_BM.png
 

Terdapat 3 titik masuk untuk mula mempromosikan strim langsung anda.


Sebelum memulakan siaran langsung anda:


A. Titik Masuk 1: Halaman Pratonton Langsung


1. Di aplikasi Shopee, pergi ke 'Saya' kemudian klik butang Shopee Live


2. Klik 'Cipta Strim'


3. Sebelum anda memulakan sesi siaran langsung anda, anda akan dapati ikon 'Promosi' di bahagian bawah halaman.


Apabila siaran langsung anda sedang berlangsung:


B. Titik Masuk 2: Tab Bawah Ruang Strim Langsung


C. Titik Masuk 3: Panel Ruang Strim Langsung

 

Cara untuk Mula:


1. Klik pada butang "Promosi"

Help Center_How to get Started 2_Entry point_BM.png

 

2. Kredit iklan

Pastikan kredit iklan anda mencukupi, tambah jika perlu.

 

3. Tetapkan tempoh iklan anda

Anda boleh menetapkan tempoh iklan anda untuk berjalan selama strim langsung anda berjalan.

 

4. Tetapkan bajet iklan anda

Anda boleh menetapkan bajet anda supaya iklan dapat berterusan selama strim langsung berjalan. Jika bajet anda habis, iklan anda akan berhenti dipaparkan kecuali anda tambah bajet.

 

5. Pilih Objektif iklan anda

Pilihan langsung adalah "Maksimumkan Tontonan" tetapi anda boleh memilih "Maksimumkan GMV" bergantung kepada strategi anda.

 

6. Klik "Terbitkan"

 

Tetapan selesai!

Was this article helpful?
Yes
No